6:06 PM

PadaMu Aku Bersujud :')

Demi masa . Sesungguhnya manusia dalam kerugian . Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran .
Salah seorang daripadanya , aku lah tu . Termasuk dalam golongan yang mensia siakan  waktu hidupnya , membazirkan masanya dengan perkara perkara yang tidak membawa faedah . Ya Allah , betapa ruginya .


Detik waktu terus berjalan , 
Berhias gelap dan terang ,
Suka dan duka ,
Tangis dan tawa , 
tergores bagai lukisan .

Aku terlalu mngejar kemewahan dunia daripada mngejar rahmatMu . Sebenarnya, apa yang dikejar itu tidak akan berkekalan dan hanyalah perhiasan dunia yang menipu diri sendiri. Sekarang baru aku sedar , betapa aku memang tergolong dalam golongan orang orang yang rugi . Ya Allah .

Seribu mimpi berjuta sepi ,
Hadir bagai teman sejati ,
Diantara lelahnya jiwa ,
Dalam resah dan airmata ,
Kupersembahkan kepadaMu yang terindah dalam hidupku .

Bila semua yang dikejarkan , berjaya diperolehi aku . Kini baru aku sedar . Semua itu tak akan pernah membawa apa apa erti , atau manfaat dalam hidup aku . Baru aku tahu , hidupku penuh bergelumang dengan dosa . Seringkali mengabaikanNya . Bila susah aku datang mnghadapNya . Tapi bila senang , aku lupakanNya . 

Wahai orang-orang yang beriman,bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya,mudah-mudahan tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai . (Surah At-Tahrim : 8 )
Aku sedar bahawa aku banyak melupakanNya , mngabaikan suruhanNnya ,  melanggar perintahNya . Tapi . Aku tak pernah hadir dalam solat , mohon taubat kepadaNya . Bukan aku tidak takut balasan di akhirat nanti cuma petunjuk tidak pernah hadir dalam hatiku agar terus bertaubat kepadaNya . Kini , setelah aku hilang segalanya , baru aku sedar , aku hanya manusia biasa . Yang dulu hidup bukan berlandaskan agama . Mahukan kemewahan daripada rahmatNya . Hidup diatas muka bumi sebagai hamba dunia . Cinta dunia daripada CINTANYA .

Apabila azan berkumandang di corong radio , aku tukarkan ke siaran lain . Bila orang lain sedang sibuk mngerjakan solat , aku sibuk mnghadap TV , menonton cerita yang tiada faedahnya . Aku jarang mngerjakan solat . Aku seolah olah hidup tiada pegangan agama . Dosa aku terlalu banyak . Tidak terhitung smuanya . Masih ada ruang lagikah untuk aku bertaubat ?


Maafkanlah bila hati ,
Tak sempurna mencintaiMu ,
Dalam dada kuharap hanya diriMu yang bertakhta .

Setiap anak adam itu boleh melakukan kesilapan,dan sebaik-baik insan-insan yang bersalah ialah yang bertaubat . 

Di bibir jarang jarang sekali mnyebut namaMu . Mata ini pun jarang jarang sekali menangis keranaMu . Kaki ini jarang jarang melangkah menuju ke rumahMu . Kerana apa ? Mulut ini sering berkata perihal dunia , mencaci orang disini sana . Mata ini sering terhidang dengan pemandangan nafsu . Tidak mnghargai , menikmati keindahan ciptaanMu . Kaki ini sering melangkah ke tempat maksiat . Tempat adanya , atau barangkali wujudnya dosa .

Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah,maka dialah yang mendapat petunjuk,dan barangsiapa yang disesatkaNya,maka engkau tidak akan mendapatkan seorang penolong yang dapat memberikan petunjuk kepadanya (Al-Kahfi : 17)
Sesungguhnya Allah Taala akan menghamparkan tanganya di waktu malam agar memberikan keampunan kepada insan yang membuat kejahatan di siang harinya,dan akan menghamparkan tanganya di waktu siang hari agar memberikan keampunan kepada insan yang membuat kejahatan di waktu malam,sehinggalah terbitnya matahari dari sebelah baratnya(hari qiamat)(hadith riwayat Imam Ahmad di dalam Musnad,dan Imam Muslim,dan berkatanya Imam As-Suyuthi di dalam Al-Jaamik As-Saghir : hadith ini sahih) 
Kau telah banyak bagi peluang kepada ku . Tapi aku tidak pernah mnghargainya . Aku berharap sujudku kali ini lebih pnjang kerana aku ingin memohon taubat kepadaMu , mencari keredhaanMu . Ampunkanlah segala dosaku Ya Allah . Sesungguhnya hambamu , telah banyak melakukan kemungkaran . 

“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi sallallahu alaihi wassalam bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu. Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu” (riwayat Imam Bukhari di dalam bab Tauhid bernombor 7507)

Sesungguhnya seorang hamba itu jika melakukan satu dosa,maka akan dititik pada hatinya suatu titik hitam,jika dia bertaubat, dan berhenti dari dosa itu,maka akan dibersihkan hatinya itu,jika dia kembali melakukan dosa itu kembali,titik hitam itu akan ditambah sehinggalah hatinya hitam berkarat,dan itulah yang dinamakan Ar-Raan (tutupan)« Sekali-kali tidak,sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.  (Al-Muthoffifin : 14)


Dan hiasilah disetiap wktu kesedihan dan kelukaan hatimu dengan doa yang telah di ajar nabi ini :
اَللهُم استر عورتنا وآمن روعتنا اللهم اجعل ثأرنا على من ظلمنا وانصرنا على من بغى علينا اللهم لاتشمت بنا الأعداء ولا الحاسدين
Bermakna : Ya Allah,tutupkanlah aurat kami,dan redakanlah ketakutan kami,Ya Allah,dikau berikanlah pembalasan ke atas siapa yang telah menzalimi kami,dan Kau bantulah kami ke atas siapa yang memusuhi kami,Ya Allah janganlah dikau gembirakan musuh-musuh kami dan para penghasad dengki kepada kami di atas kesusahan kami.



No comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 I dream'd in a dream , Blogger