Saya manusia biasa . Saya ada hati . Perasaan . Apa yang saya rasa kini seolah olah pembalasan apa yang pernah saya lakukan dahulu . Allahu . Ampunkanlah dosa dosaku ini . Terkadang rasa beratnya bahu menanggung beban yang tergalas di bahu ini . Dalam tak sedar , aku cuba menyalahkan takdir . Ya Tuhan , berdosanya aku . Aku cuba munasabah diri . Terulang tayang segala apa yang pernah aku lakukan . Dosa dosaku . Ahh malunya . Kalaulah aku dapat hitung dosa dosaku . Memang tidak terhitung semuanya .
Dari kejauhan , aku ternampak sebuah buku . Hadiah daripada dia . Jiwanya sangat memahami diri ini . Diberikan buku itu . Diletakkan dan disisipkan sekeping nota buat aku . Syahdu sungguh . Terharunya jangan kiralah . Sayang kakak very much . Thank you untuk buku . Tapi sayangnya , aku tak laksanakan amanat yang diberikan pada aku . Aku sombong . Aku bongkak . Aku jahil . Tapi masih berlanggak sempurna dihadapan semua mata manusia di muka bumi ini . Hina diri ini . Bahkan lagi hina daripada binatang . Terkadang aku fikir , aku bukanlah manusia yang jenis reti bersyukur . Astaghfirullah .
Jauh di sudut hati , hati terasa hiba . Hiba entah mengapa . Teringat suatu perkara . Kadang aku berfikir adakah ini salah satu ujian daripada Dia ? Kalau betul , syukran . Tandanya Allah sedang menguji tahap kesabaran tahap keimanan tahap ketaqwaanku . Syukran . Air mata menitis tanpa sedar . Bersedih kerana aku tahu ia sesuatu yang perit . Pedih . Dia akan pergi . Jauh . Katanya . Aku tak tahu nak cakap apa . Apalah daya aku nak menghalang takdir ini . Cuma aku mampu mendoakan sahaja . Berdoa pada Allah agar kau sentiasa disisi aku . Aku takut kehilangan kau . Ya . Aku tak tahu mahu luahkan macam mana . Tapi yang pasti , ini lah apa yang aku rasa kan sekarang ini . Aku tahu , salah dan silap aku , aku tidak berniat mahu menyakiti hati sesiapa bahkan melukakan . Tapi aku buat juga . Aku menyakiti hati kau . Buat kau sedih . Sedih . Ye sedih .
Hati ni tidak tahu kenapa . Turut sama bersedih andai kau sedang bersedih . Belum pernah lagi aku merasakan seperti ini . Aku tertanya tanya . Entah . Tak pasti . Tapi cuma aku tahu , aku tidak mahu kehilangan kau . Tiap kali kau suruh aku tinggalkan kau , umpama hati ni dicucuk . Kenapa ya ? Sedih tauuu . Janganlah minta macam tu . Hm . Ya Allah . Bantulah hamba-Mu ini . Tabahkanlah hatiku dalam menempuhi ujian yang kau berikan . Suluhkanlah cahaya hidayah-Mu ke dalam hatiku ini . Sesungguhnya hamba-Mu cacat tanpa hidayah-Mu . Buta tanpa petunjuk-Mu .
Kpd Nur Izzati Mohd Nazir :
Terus terang saya katakan , saya suka berkawan dengan awak . Selesa . Tidak tahu mengapa . Saya selesa berdamping dengan awak . Berkawan . Spend time together . Janganlah ditanya mengapa sebab saya tidak ada jawapan untuk semua itu . Mohon ye . Jangan pernah katakan lagi yang awak suruh saya tinggalkan awak . Jangan pernah katakan yang awak tu useless and else . Tolong ya . Apa yang saya mahu awak tahu , awaklah kawan dunia akhirat saya . Kawan yang saya sayang . Kalau tak sayang awak , takde nya saya nak berkawan dengan awak sampai sekarang . Faham ye ? Dan , maaf andai saya selalu buat awak marah , sedih . Maaf . Saya manusia biasa . Saya tak sedar apa salah dan silap saya . Maaf sekali lagi . Terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya . Sayang awak :* Oh ya by the way , thanks for everythng . Belanja mosha bagaii . Bagi makanan . Teman saya tidur setiap hari . Teman pergi mandi . Pergi makan . Solat bersama . Berbuka puasa sama sama . Sahur bersama . Puasa bersama . Tolong basuhkan baju saya . Balik sekolah sama sama . Makan belakang DM sama sama . And everything . Banyak sebenarnya . Tapi lupa --' . Tyouuu :D Oh oh , tyou sebab wish birthday saya . Ingat juga ye . Sebab time ni aku tak teringat pun birthday aku . HAHA . Tapiiiiii ye . Saya tunggu awak nyanyi lagu happy bfday untuk saya . Saya tunggu . Saya tunggu ! Saya tunggu ..
I wanted to tell you
How much i love you
How much i care about you
P/s : I've always been afraid of losing people i love :')
No comments:
Post a Comment