1:07 PM

Ku berpasrah hanya padaMu yang Rabbi .


Assalamualaikum .
Since hritu ada sesi Pengikat Kasih Antara Badar Aspuri , aku jadi tersentap . Sbb setiap perkataan ucapan yang diluahkan , sdikit demi sdikit buat aku terguris hati dgn sndiran halus yang pada kasarnya tidak tertuju pada sesiapa pun tapi aku terasa sangat sangat . Ya Allah . Betapa setiap apa yang disampaikan sangat mnyakitkan hati aku . Aku cuba tabahkan hati ini . Sabar untuk menerima segalanya . Tabah untuk mnghadapi situasi ini yang sbenarnya mmg dah buat mood aku jd down sgt sgt . Pada awalnya , aku cuba ikhlaskan hati ini . Berulang kali aku berdoa , mohon ditabahkan hati ini . Moga hati ini ikhlas mnjadi Badar . Suatu tanggungjawab , amanah yang diberikan yang perlu digalas sebaik mungkin . Pada mulanya , mmg berat utk mnggalas tanggungjawab ni . Tp alhamdulillah , Allah sentiasa ada mmbantu . Setiap kesulitan , diberinya kekuatan utk terus berjuang mnggalas tanggungjawab tersebut . Biarpun penat , dikurniakan rasa kepuasan dalam mnjalani tnggungjwb sbg seorang Badar .

Mmg susah nak tegur org . Terasa diri ini hina skli . Terlalu byk lg dosa yg tidak terampun sbelum pergi mnegur kesalahan org lain . Tp apa yg aku fikir skg ni , dlm dunia ini , perkara yg pling berat skli adalah amanah . Ya Allah , sekali lagi hambaMu mohon bantulah hambaMu ini dalam mnyempurnakan tanggungjawab ini . Terlalu byk kesalahan yg sering aku lakukan . Bygkan , aku kena tegur pelajar yg lakukan kesalahan sedangkan kesalahan itu jua lahh yang pernah aku lakukan last year . Beratnya rasa nak pikul smua ni . Kalau dlu , aku selalu kluar dorm tak cover dgn tudung atau tuala sedangkan perkara itu yg pelajar skg lakukan dan aku kena tegur dorang . Ada yang kluar dorm cover badan dgn tuala tp dsebalik tuala pakai singlet . Perkara sama yang pernah aku lakukan . Tegur orang suruh jgn bsing dlm surau . Pun perkara yg sama aku slalu buat . Masya-Allah . Beratnya amanah yang satu ini .



So , malam tu sesi psikologi bermula . Aku takut sgt dgn sesi mcm ni . Takut sgt sgt . Aku tk tahu knpa . Aku cuba bertahan utk tidak mngalirkan air mata pada saat itu . Tp aku lemah . Apa yg aku mmpu hnya diam bertafakkur smbil tersedu sedan mnahan tangisan . Ya Tuhan , dugaan apakah ini ? Sungguh aku rasa , tanggungjawab yg satu ini terlalu berat . Lontaran perasaan msing msing pun bermula . Sorang ke sorang meluahkan rasa tidak puas hati kpd org itu ini . Ya , mmg benar . Ada org perhatikan setiap gerak geri aku . Aku tidak marah . Malah aku bersyukur skli . Kerana msih ada yg sudi lg mahu tegur kesalahan aku . Syukran Ya Allah . Thank you so much to ' Hamba Allah ' . Aku tak tahu apa nama dia . Dia cuma ckp , yang aku kena tutup aurat . Aku akui , ada lg aurat aku yg terdedah sana sini . Especially lengan . Aku cuba pakai handsock tp seriously aku tak boleh . Tkpelah nnti aku bawak inner . Sbb handsock tu buat tgn aku rasa lain mcm .

Hamba Allah ini pun ada mngatakan yg aku perlu jaga setiap luahan perkataan yg aku sebut even Siot sklipun . Aku akui , byk kali terlanjur tersebut Siot Siot Siot . Mcm apa je kann sebut bnda alah tu . Nvermine , i will try :') Dia ada ckp apa lg tahh . Byk . Tapi ini je yg aku dpt tngkap sbb masa aku diberitahu , suara si pembaca tak jelas . Aku just dgr 2 perkara ini ajelah . Aku tak tahu siapa si Hamba Allah ni . Cuma aku berkesempatan , ucapkan kata maaf dan terima kasih pada si Hamba Allah ini walaupun aku tak tahu siapakah orangnya . Tp yg pasti , org tu rapat sgt dgn aku sbb si Hamba Allah kata yg aku ni ada bercakap dgn dia pasal tujuan aku msuk Badar . Siapa lg Badar yg pling rapat dgn aku ? Kemusykilan disitu .

Diteruskan dgn luahan seorang hamba ini . Setiap katanya , mmg ditujukan kpd diri ini . Ya Allah . Mmg betul itu salah aku . Pada mulanya mmg aku malu malu malu sgt . Even dia tak mention nama aku tapi aku malu dgn dia . Malu dgn Allah . Sbb aku still lg suka ber-zina hati . Ya Tuhan , mohon hindari perasaan ini . Aku cuba elakkan segala gangguan smua ni . Tapi aku gagal . Setiap bisikan syaitan , buat aku lalai . Buat aku tidak pedulikan dosa dan pahala . Ya Allah . Ampunilah segala dosa dosa ku . Aku tak marah si dia sbb perli aku habis habisan even hnya aku dan dia je yg tahu perkara ini . Tp bg aku , itu adalah salah satu caranya dia mnyayangi kawan kwan dia . Mngkin melalui nasihat sindiran halus ini buat aku berubah utk tidak terus melakukan dosa zina hti ini . Sbb aku mmg cepat terasa dgn perli perli mcm ni . Hati ni terlalu sensitif biarpun nmpk mcm aku tak ambik kisah sgt bnda bnda mcm ni .


Tapi apa apa pun , pesanku kepada kaum Adam .


Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat . Andainya kau jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz , ALLAH pasti akan mencampakkan rasa cinta di dalam hatiku jua hatimu kali pertama kita berpandangan . Itu janji ALLAH . Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah ,selagi itu jangan kau zahirkan perasaan itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu . Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara' . Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak .


Permintaanku tidak banyak , cukuplah dirimu yang diinfaq seluruhnya pada mencari redha ilahi . Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuanganmu . Bahkan aku amat bersyukur pada illahi , kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu , menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan ALLAH dengan kemenangan atau syahid itu . Akanku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri . Itu impianku .

Aku pasti akan berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku . Bukan itu yang aku impikan . Cukuplah engkau mencintai ALLAH dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai ALLAH , kau akan mencintaiku kerana-Nya . Cinta ini lebih abadi dari cinta insan biasa . Moga cinta ini juga akan mempertemukan kita kembali di syurga .

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia . Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapa ku dulu . Apa guna kau menimbunkan harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu akan membuatkan aku dan kau lupa tanggungjawab kita . Aku tidak akan sekali-kali bahgia melihatmu begitu . Biarlah kita hidup dibawah jaminan ALLAH sepenuhnya . Itu lebih bermakna bagiku .


Buat kaum Hawa .


Ketika hati seorang Muslimah terluka . 
Dia akan menghapus air matanya dengan iman .
Ketika hati seorang Muslimah terluka . 
Dia akan menguatkan hatinya dengan ilmu .
Ketika hati seorang Muslimah terluka .
Dia meneruskan harinya dengan semangat perubahan lebih baik pada diri .
Ketika hati seorang Muslimah terluka .
Dalam redha dia memohon keampunan dari Penciptanya .
Berusahalah menjadi seorang muslimah seperti itu ( Amin ya rabbal alamin )

Akhir kata . Buat diri ini .
Andai perjuangan ini mudah , pasti ramai menyertaiNya .
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan , pasti ramai yang tertarik kepadaNya .
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu .
Turun naiknya , sakit pedihnya ,
umpama kemanisan yang tidak terhingga .
Andai rebah , bangkitlah semula .
Andai terluka , ingatlah janjiNya .

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 I dream'd in a dream , Blogger