6:09 PM

SHRMZB !

Assalamualaikum 

Hey gaiss ! Sakan beraya tahun ni ? Dapat banyak duit raya ? Kuiikuii . Duit raya aku nak cecah RM30 pn dah tak mmpu dah skg . Well dah besar katakooo . Walhal kami yang student lagi perlukan duit nak survive dkat kolej banding dgn bdk bdk kecik . Lulss .

Balik kg hari rabu , lepas aku habis kerja . Sadis kay sadis org lain dh cuti awal , aku duk sibuk kayuh mesin jahit life jacket . Lpas berbuka baru bertolak balik kg . Dalam pukul 9 malam tu bertolak cehhh mcm jauh je kann padahal tak sampai setengah jam lulsss . Tapi kitorg singgah uptown gua mcm bese beli tudung . Rambang mata usah cerita ahh . Sanggup tu keliling 3 4 kali semata mata nak mencari tudung . Dah hbs shopping , makan sat dkt kdai mamak then balik kg . Pukul 12 mlm sampai rumah .

Next day kena kerah bangun awal . Berpasir jugak biji mata ni nak menahan mengantuknya sbb tdr lambat kannn . Gua dipaksa perah santan . Bukan sebiji dua kauuu . Ada laaa dalam sebaldi besar gituuu . Bkn nak mandi santan kayy tapi nak buat lemang . Seronok sebenarnyaaa . Lepastu masukkan santan dan apa tu beras pulut ehh ntah . Gaul gaul , msukkan gula garam secukup rasa then masuklah dalam buluh . Siap ! Hat budak laki semua dkt bawah jaga api untuk bakar lemang . Well kami perempuan dibawah atap , dgn angin sepoi sepoi isi pulut dalam buluh . Dh siap semua tu , aku pi mandi , tidur lagiii . Penattt katekooo ciss . Ada ma kejut suruh goreng ayam untuk dibuat rendang tapi masa tu mengantuk kann . Aku bantai tidur jee . Aku sedar sedar , ayam tu dah disiap goreng . Ada lahh dalam 9 ekor ayam . Then aku tolong buatkan rendang , masukkan awas-awas , kacau kacau smpai mendidih sampai terpercik ke muka aku sampai lahh rendang ayam tu pn siap . Next rendang daging . Sama jugaklah . Kacau kacau tggu smpai kering bla bla . Then malam berbuka , weolsss makan lemang and rendang tadi . Sedap kayy sedap sbb aku yang masak uhukuhuksss .


FIRST DAY RAYA
Pipi gemuk jangan ditegur . Tak baik !

So my first day raya tak heaven mana pn cuma macam biasa ahh . Tak sahh tak tidur pagi raya . Mcm biasa pagi bgn awal , mandi solat then makan . Lpastu kalut isi kuih dalam balang then siap siap pi solat . Lepaihh solat , aku cari bantal , tidurrrr . Charge tenaga dluuuuu . Org dtg tk dtg , yang penting aku dapat tidur . Dah puas tidur baru pergi beraya . Tak beraya kemana sangat pun sbb dgn keadaan nenek tak sihat , dgn aku pemalas yang amatt . Cuma thun ni , raya sebuah rumah je . Sama jelah kott mcm last year . Hoho . 

Raya kedua , ma ayh and adik adik pergi ipoh tapi aku taaak ikutt . Ada sikit problem dgn org sana buat aku rasaa wht the hell mannn ! Kau tggu nnt aku balas balik apa kau buat dkat aku . So pg tu aku pi rumah cousin , icah . Stay sehari je sbb next day tu ma dah balik sini smula . Dduk rumah icah pn bukan buat apa . Aku sampai sampai , tgk tv , then tdr . Terjaga pn sbb panas . Lpstu mandi , solat . Ptg sikit , keluar dgn icah main basikal . Dulu kecik kecik kami mmg suka main basikal sbb kawasan rmh dia tu mcm berbukit sgt heaven okayy kalau main basikal . Lagi lagi kalau basikal tu takde break . Huhu

Raya ketiga , pukul 12 ma dah smpai batang kali , jemput aku then pi semula rmh nenek . Ptg tu bru gerak balik smula ke Bukit Sentosa . Thats all . Nak kata beraya sakan tu takdelah sbb mgkin dah bsr kott eceh padahal kalau org hulur duit raya , aku paling awal hulur tangan haha . Okaylah bbye .


RAYA KETIGA
Masa ni dah nak balik rumah .


P/s : Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin 

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 I dream'd in a dream , Blogger